Betty Banafe Selamat Timang Anak Kedua


TAHNIAH kepada pelakon jelita, Betty Banafe yang baru sahaja selamat melahirkan anak keduanya seberat 3.3kg pada pukul 3 pagi semalam di Hospital Pakar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Betty juga telah melahirkan anak keduanya itu secara normal, dan keduanya dilaporkan dalam keadaan yang sihat. Betty telah berkongsi berita gembira itu di akaun instagram miliknya dengan penuh rasa syukur dan gembira.
Alhamdulillah proses kelahirannya sangat mudah dan lancar. Semuanya dipermudahkan. Nampaknya, Julia anak sulung saya sudah ada teman dan adik baharu. Tarikh hari ini (15.12.2015) juga sangat cantik untuk diingati Harapnya, mereka akan berkawan baik, menyayangi di antara satu sama lain serta menjadi anak yang soleh serta solehah, kongsi Betty. Betty berkahwin dengan Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 dan kini anak sulungnya, Julia Claire Dargus, genap berusia dua tahun pada 1 Disember. Tahniah diucapkan kepada Betty dan suami. -MYNEWSHUB.CC

Related Posts:

0 Response to "Betty Banafe Selamat Timang Anak Kedua"

Post a Comment