GAMBAR Majlis Pernikahan Personaliti TV3 Mior Dan Hazlin


Pasangan personaliti TV3, Hazlin Hussain dan Mior Abdul Malek Raiyani selamat disatukan pada majlis pernikahan di Astana Era Mewah, Sungai Buloh, kelmarin. TAHNIAH diucapkan kepada pasangan personaliti TV3, Mior Abdul Malek Raiyani dan Hazlin Hussain yang kini telah sah bergelar suami isteri, pada malam Ahad. BACA: Gambar Pre-Wed: Hazlin Hussain Pilih Rakan Sekerja Pasangan sama cantik, sama padan ini mengenakan busana berwarna putih rekaan Ezuwan Ismail dan diijab kabulkandi Astana Era Mewah, Sungai Buloh, Selangor. Pasangan pembaca berita TV3 yang masing-masing berusia 32 tahun ini mula berkenalan ketika sama-sama menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun 2003 namun dalam jurusan yang berbeza. Jodoh ini memang rahsia Allah. Kami tidak sangka sebenarnya jodoh ada di depan mata. Kami juga tidak menyedari hakikat itu walaupun sudah berkawan baik lebih daripada 10 tahun. Selama ini kami masing-masing bersembang mengenai jodoh, rupanya yang di depan mata itu adalah jodohnya. Semoga perkahwinan kami dirahmati oleh Allah. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang membantu kelancaran majlis, kata Hazlin yang juga merupakan pengacara program 999 kepada BH Online. Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 8 Mac lalu.

Related Posts:

0 Response to "GAMBAR Majlis Pernikahan Personaliti TV3 Mior Dan Hazlin"

Post a Comment