Rahsia Elak Kemurungan Kim K Makan Uri Sendiri


UMUM mengetahui Kim Kardashian dan suaminya, Kanye West, baharu sahaja menyambut kelahiran anak kedua mereka, Saint West pada 5 Disember lalu. Bayi lelaki itu telah menjadi tumpuan peminat seluruh dunia namun pasangan romantik ini belum lagi mendedahkan wajah terbaharu bayi mereka ini. Baca: Kim K, Kanye West Timang Cahaya Mata Kedua Juga: Kim Kardashian dan kanye West Umum Nama Anak Kisah kehidupan Kim, 35, sememangnya banyak menjadi tumpuan peminatnya dan terbaharu, selebriti yang terkenal menerusi rancangan bersiri Keeping Up With The Kardashians ini mendedahkan, rahsia tubuhnya kekal sihat dan bertenaga serta cara yang terbaik untuknya mengelakkan stres selepas bersalin adalah memakan urinya sendiri. Semestinya pendedahan ini merupakan sesuatu yang menjijikkan buat kebanyakkan kita, namun inilah cara Kim untuk tampil bertenaga. Beliau telah mengamalkan amalan ini sejak melahirkan anaknya yang pertama, North West. Beliau mendedahkan, uri yang dimakannya bukanlah berbentuk mentah dan digoreng begitu sahaja, namun dia telah menghasilkan vitamin nya itu dalam bentuk kapsul. Selain itu, dia juga mengatakan, amalan tersebut telah menjadi amalan beberapa selebriti Hollywood yang lain antaranya January Jones dan Kim Zolciak. Dia juga menegaskan, sekiranya uri tersebut tidak mendatangkan kebaikan, semestinya dia tidak akan memakannya, namun ianya ternyata baik buat kesihatannya. Sumber: Agensi/MYNEWSHUBCC

Related Posts:

0 Response to "Rahsia Elak Kemurungan Kim K Makan Uri Sendiri"

Post a Comment