Vivy Yusof Tampil Pertahan Isu Makan Alas Pampers


Baru-baru ini tindakan seorang wanita memuat naik gambarnya sedang menggunakan lampin pakai buang yangmenggantikan pinggan untuk menikmati hidangan, menerimakritikan hebat netizen. Ini kerana perbuatan yang kononnya untuk membawa kelainan itu dianggap tidak kena pada tempatnya dan sangat menjijikkan. Sehubungan itu pemilik akaun Instagram@vivyyusof yang memuatnaik gambar tersebut tampil bagi menjelaskan perkara sebenar sekaligus mempertahankan tindakan menggantikan pinggan dengan lampin pakai buang di sebuah majlis baby shower.
@vivyyusofmenjelaskan, perbuatan makan dalam lampin pakai buang itu dilakukan di sebuah majlis tertutup namun apabila gambar yang dikongsikannya itu dikecam banyak pihak,dia masih mampu untuk menerimanya kerana sudah biasa jadi perhatian. Bagaimanapun, adalah sangat tidak patut apabila penganjur majlis yang sedang menanti hari untuk melahirkan anak turut dicerca dengan bahasa kesat yang tidak sepatutnya. Apapun, bukanlah satu idea yang bagus untuk menggunakan pampers sebagai alas makanan, bukan sahaja menjijikkan, ia juga seperti penghinaan kepada makanan tersebut. -MYNEWSHUB.CC

Related Posts:

2 Responses to "Vivy Yusof Tampil Pertahan Isu Makan Alas Pampers"

  1. Very efficiently written information. It will be beneficial to anybody who utilizes it, including me. Keep up the good work. For sure i will check out more posts. This site seems to get a good amount of visitors. pampers

    ReplyDelete
  2. Thanks for a wonderful share. Your article has proved your hard work and experience you have got in this field. Brilliant .i love it reading. pannolini senza petrolati

    ReplyDelete